Pendorong Perang Arauco

Para conquistador yang tiba meneroka Dunia Baru bagi pihak Empayar Sepanyol melihat peluang luas terbuka di mana mereka ingin mendapatkan kekayaan yang melimpah daripada kerajaan-kerajaan sini, terutamanya Empayar Inca yang didambakan. Mereka juga terdorong mahu menyebarkan ajaran Kristian kepada para penduduk benua ini sambil menakluk tanah-tanah tersebut untuk meraih kekuasaan baharu.

Para penjajah Sepanyol dalam ketibaan mereka di Araucaniá mahu mendapatkan sumber emas daripada deposit yang terkumpul di sungai-sungai serata rantau ini menggunakan tenaga buruh kerahan masyarakat Mapuche di lembah-lembah berdekatan,[1] namun ia banyak ditolak warga Mapuche tersebut berikutan banyak kematian yang berlaku disebabkan kegiatan ini.[2] Bahkan, pertembungan antara para penjajah Sepanyol dengan banyak masyarakat peribumi di Amerika Selatan juga menyebabkan banyak penyakit tifus dan cacar yang merebak dalam kalangan orang asli yang sudah jauh terasing sehingga kehilangan daya imun dalam badan tidak seperti para penjajah yang sudah mengalami pelalian semulajadi sedemikian.